Tajuk
Tajuk : Manusia
Ringkasan : Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan tentang fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian tubuh manusia.
Standard Kandungan :
Sains Hayat
2.1 Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia
Standard Pembelajaran :
2.1.2 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian tubuh manusia
Elemen Merentas Kurikulum:
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Tempoh Masa : 2 waktu
Sumber :
1. Video klip Lagu Tubuhku dan Gunanya (ciptaan sendiri).
2. Video klip dari Youtube (kelas muzik).
2. Lembaran kerja online 1,2 dan 3.
![]() |
Aktiviti |
Aktiviti
Aktiviti
1. Beberapa murid ditutup mata dengan sehelai kain dan diminta meneka benda (buah mempelam yang ditunjukkan)
1.1 melalui penglihatan
1.2 melalui pendengaran
1.4 melalui bau
1.5 melalui rasa
2. Murid menerangkan cara mengenalpasti benda yang ditunjukkan.
3. Murid diminta mengimbas kembali bahagian-bahagian tubuh manusia.
4. Guru mengaitkan fungsi dan kepentingan bahagian tubuh manusia.
5. Murid menonton video klip yang ditayangkan oleh guru tentang fungsi dan kepentingan tubuh manusia.
6. Guru menanya soalan:
6.1 Apakah yang dilakukan oleh murid-murid dalam video klip ini?
6.2 Bahagian tubuh badan manakah yang digunakan oleh murid-murid untuk melakukan aktiviti itu?
6.3 Apakah kegunaan bahagian tubuh yang anda sebut tadi?
![]() |
Tajuk Pembelajaran |
![]() |
Penilaian |
Penilaian
Penilaian
1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja Online (1 murid 1 komputer atau kongsi):
1.1 Pengayaan - Melabelkan nama bahagian anggota badan
1.2 Pengukuhan - Murid memadankan gambar dengan perkataan yang diberi
1.3 Pemulihan - Mengisi tempat kosong dengan huruf yang tertinggal
2. Guru menyemak hasil kerja murid.
3. Perbincangan jawapan antara guru dan murid.
Penutup
Penutup
Murid menyanyikan lagu "Tubuhku dan Gunanya" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
(rujuk buku teks mukasurat 11 atau www.dbp.gov.my/lamandbp)